Browse Title Index

Simposium Pendidikan diPeribadikan:Perspektif Risale-i-Nur

Dalam masa-masa sukar di abad ke-21 ini, manusia terkepung oleh masalah yang mengancam rohani dan kesejahteraan. Dunia sejagat menghadapi pelbagai aliran negatif seperti masalah kelaparan, kemiskinan, ketidakadilan sosial, penindasan, peperangan, penguatkuasaan penghijrahan, anarki, keganasan, terrorisma, perubahan iklim, pencemaran alam sekitar dan masalah sosial di institusi pendidikan mahupun  kekeluargaan. Walaupun pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan manusia, penyelesaian berkekalan kepada masalah-masalah ini tidak dijumpai.

Bagaimanakah kebahagiaan umat manusia boleh diperolehi di dunia dan di akhirat? Apakah jenis pendekatan yang diperlukan untuk menyelesaikan atau sekurang-kurangnya, mengurangkan masalah-masalah ini? Adakah pembinaan semula kehidupan dengan pelbagai inovasi dan teknologi mungkin tanpa memperjudikan nilai serta mendatangkan bahaya kepada aspek spiritual dan material; rohani dan jasmani? Adakah penyelesaian universal dan mampan boleh dicari bagi menyelesaikan masalah-masalah ini hingga ke akar umbi? Keperluan untuk jawapan ini di  abad ke-21 yang penuh dengan pelbagai inovasi teknologi ini amat penting berbanding abad sebelumnya.  Ini bagi memastikan kesederhanaan dalam pengaplikasian teknologi yang optima agar manusia dapat hidup dalam arus kemodenan yang terkehadapan tanpa mempertaruhkan nilai, budi dan budaya bangsa yang menjadi tonggak syiar dalam mana-mana agama berasaskan kitab.

Kehidupan dan kerja-kerja Bediuzzaman Said Nursi, dan koleksi Risale-i Nur beliau khususnya, merupakan satu cara yang penting dalam menyediakan jawapan kepada soalan-soalan dan masalah sejagat ini. Penyelesaian kepada masalah-masalah global, masyarakat dan individu ini adalah berkait dengan bagaimana manusia mendekati penciptaan Penciptanya. Said Nursi mengemukakan "tindakan positif" sebagai satu perspektif atau cara bertindak balas dengan alam semesta dan manusia. Tindakan positif berdasarkan wahyu dan kepercayaan ini adalah satu cara penting untuk mendekati kehidupan yang perlu dibincangkan secara teori dan amalan.

Cara yang diketengahkan oleh Bediuzzaman Said Nursi untuk menghadapi pelbagai masalah sejagat ialah dengan merealisasikan satu sistem pendidikan yang kukuh dan sesuai dengan kehendak generasi semasa yang boleh mengguna pakai dasar kesatuan akal dan budi.  Beliau berpandangan bahawa, “Cahaya sanubari ialah ilmu-ilmu agama.  Nur bagi akal ialah ilmu-ilmu sains moden.  Melalui gabungan keduanya hakikat atau kebenaran akan muncul.  Dengan dua sayap tersebut, keazaman para pelajar akan meningkat.  Ketika keduanya terpisah, akan lahir pada yang pertamanya sifat taassub (fanatik) dan pada yang keduanya muslihat dan keraguan”  (Mektubat 2, 387).

Kumpulan Penyelidikan Pendidikan diPeribadikan (PdP) mengambil inisiatif untuk mengamal dan mempromosikan kaedah pendidikan Said Nursi Bediuzzaman yang merangkumi kaedah-kaedah seperti (1) kuliah (2) debat & diskusi (3) memberi penjelasan (4) penceritaan (5) penulisan dan refleksi (6) memberi nasihat (7) membuat tema (8) membuat perumpamaan analogi dan metafora (9) pendidikan individu (10) mengambil pengajaran dari sesuatu kejadian dan (11) permodelan atau keteladanan. Kaedah-kaedah ini diterapkan melalui pemahaman teori, kaedah dan strategi dalam reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran bagi memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih cara, media serta persekitaran pembelajaran mereka sendiri.  Konsep pembelajaran diperibadikan memberi fokus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan pengajar lebih banyak bertindak sebagai mentor dan fasilitator namun tidak mengabaikan penyampaian melalui kaedah ceramah atau kuliah interaktif dalam situasi tertentu. Pembelajaran diperibadikan penting dalam pembangunan pendidikan masyarakat untuk mencapai kemahiran yang boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian mahupun untuk dipindahkan ke alam kerjaya.  Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran diperibadikan, pendidik perlu menyediakan pelbagai aktiviti dan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian cara pelajar belajar.

Penggunaan teknologi merupakan satu pendekatan terbaik yang dapat memudahcara pelaksanaan pembelajaran diperibadikan.  Peluang menerapkan nilai dan etika dalam reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran adalah sekarang.Dasar ePembelajaran Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) telah menggariskan pelbagai inisiatif untuk melonjakkan perkembangan teknologi pembelajaran yang pelbagai untuk menyahut cabaran dan saranan negara bagi merealisasikan lonjakan ketiga dan kesembilan iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembelajaran Global dalam Talian. Aspek  nilai dan etika,jika tidak diintegrasikan secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan bahan atau penyampaian dan pelaksanaan aktiviti pembelajaran maka terhasillah satu generasi bijak pandai yang tidak peka tentang nilai dan etika bangsa sendiri. Bangsa mengikut Said Nursi adalah satu kesatuan yang terdiri dari pelbagai kaum yang memperjuangkan Islam.

Perbincangan serius diperlukan untuk meneroka bagaimana konsep-konsep yang dinyatakan ini dapat memberi makna yang mendalam kepada semua aspek kehidupan dan hubungan manusia, dan bagaimana ia boleh memberikan penyelesaian yang mampan bagi masalah manusia. Said Nursi memperjuangkan Islam sebagai satu bangsa yang merangkumi pelbagai kaum. Nilai dan etika serta saranan dan idea dalam penulisannya memandang kepada senario yang berlaku di abad ini. Masa untuk perbincangan ini adalah  sekarang.

  • Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risale-i-Nur

    January 25, 2017 – January 26, 2017

    Bertempat di: Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)