Overview

PENGENALAN

Kolokium Siswazah Fakulti Sains Kesihatan akan menjadi program dwi-tahunan Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM. Tema kolokium kali ini adalah “Ke Arah Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan Siswazah”. Tema ini menepati matlamat Fakulti untuk mempastikan graduan siswazah FSK bukan sahaja menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang bermakna, tetapi juga membina keterampilan dan kemahiran insaniah bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka setelah bergraduat. Matlamat ini boleh dicapai melalui peluang pembentangan hasil penyelidikan secara oral dan sesi bengkel penulisan dan pengurusan data oleh penceramah jemputan, disamping penerbitan artikel journal didalam isu khas Jurnal Sains Kesihatan Malaysiana.

Melalui kolokium ini, pelajar siswazah FSK juga akan dapat menerima kritikan dan nasihat yang membina dari panel penilai untuk mempastikan penyelidikan yang dijalankan menepati piawai yang ditetapkan fakulti. Disamping itu, pelajar siswazah juga berpeluang meluaskan pengetahuan melalui pendedahan kepada penyelidikan di luar bidang pengkhususan. Hal ini amat penting kerana penyelidikan sains kesihatan bukan lagi bersifat “silo” tetapi telah berubah kepada penyelidikan koloborasi multidisiplin.

 

TEMA:

"NURTURING EXCELLENCE IN HEALTH SCIENCE RESEARCH AND PUBLICATION"

 

SKOP

Hasil penyelidikan para pelajar siswazah di Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kuala Lumpur yang merangkumi bidang sains kesihatan seperti optometri dan sains penglihatan, dietetik, pemakanan, Sains Bioperubatan, Audiologi, Sains Pertuturan, Pengimejan Diagnostik & Radioterapi, Fisioterapi, Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan Industri, Terapi Carakerja, Sains Forensik dan Psikologi Kesihatan.

FOKUS

Para pelajar siswazah Fakulti Sains Kesihatan, UKM Kuala Lumpur



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License.