Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI)

Conference Archives

Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2016

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Urus Setia Program Pengajian Siswazah

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor


Selangor, MY

December 6, 2016 – December 8, 2016

Kolokium ini dianjurkan oleh Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam. Kolokium ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswazah dalam bidang Pengajian Islam membentang kertas kerja berkaitan penyelidikan yang sedang dilakukan, serta mendapat komen dan maklum balas daripada penilai dan penyelidik lain bagi menambahbaikkan lagi penyelidikan mereka. Melalui kolokium ini, siswazah pengajian Islam berpeluang untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam penyelidikan dan inovasi. Di samping itu, mereka juga  berpeluang untuk berkongsi ilmu dan menjalin hubungan strategik dan perkongsian pintar antara siswazah dalam UKM dan luar UKM.

Bagi menghargai kertas kerja yang terbaik, Kolokium ini menyediakan hadiah sebagai penghargaan. Selain itu, kertas kerja yang terbaik ini akan diserahkan kepada sidang editor jurnal untuk dinilai bagi penerbitan dalam bentuk artikel jurnal. Ia diterbitkan samada dalam Jurnal Islamiyyat, International Jurnal of Islamic Thought, Jurnal Al-Hikmah atau Jurnal Pendidikan Islam.

 

Poster

View Conference Details

Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam 2015

Bangunan Tun Fatimah Hashim

Bangunan Tun Fatimah Hashim,
Pusat Siswazah UKM Bangi.


Selangor, MY

December 8, 2015 – December 9, 2015

PENGENALAN

Matlamat “Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2015 ini diadakan untuk meningkatkan kemajuan dan potensi siswazah dalam mengekalkan penerbitan yang berprestij tinggi. Kolokium ini memberi peluang kepada para siswazah dalam Pengajian Islam untuk membentang tinjauan literatur dan hasil penyelidikan mereka. Selain itu, Kolokium ini juga adalah bertujuan untuk merealisasikan matlamat pendidikan di UKM iaitu untuk “melahirkan Siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri Kebangsaan di persada Antarabangsa”, selaras dengan wawasan Universiti iaitu membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

View Conference Details



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License.